“PERNAH satu hari dia datang jumpa, dia pegang saya dan cakap Ummi, dah tak tahan sangat, saya dah usaha untuk tak ada rasa tapi kenapa masih rasa nak buat lagi?" Itu antara rintihan pelatih di Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7, Shah Alam yang berdepan masalah ketagihan seks.
Pengurusnya, Hazwani Husna Azman yang mesra disapa Ummi dalam kalangan pelatih berkongsi beban emosi dan rohani yang terpaksa ditanggung penghuni Rumah Puteri Arafiah yang terdiri daripada remaja perempuan terlanjur.
Kongsi Hazwani Husna, ada pelatih merintih betapa dahsyatnya ujian ALLAH dan turut mengakui penat yang tidak tertanggung dengan perasaan dialami itu.
“Isu pornografi, pedofilia dan jenayah seksual di negara ini sudah capai paras kritikal. Mereka ketagih seks yang ekstrem pada usia terlalu muda. Di Rumah Puteri Arafiah kami menerima panggilan berkaitan aduan remaja terlanjur antara tiga hingga lapan panggilan sehari,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Hazwani Husna, cabaran terbesar yang perlu ditanganinya bukan aspek kaedah mengawal pelatih tetapi bagaimana untuk membantu emosi mangsa berkenaan.
Tambahnya, tahun lalu nisbah pelatih lazimnya terdiri daripada remaja berusia 18, 19 atau 20 tahun ke atas.
“Tetapi kini umur 13, 14 dan 15 adalah paling hardcore mencecah paras 80 peratus terlibat dengan pornografi dan isu sosial. Itu cabaran terbesar kita.
“Ruang nak tarbiah kepada pelatih usia 10 hingga 15 tahun sangat susah kerana mereka terlalu lama bergelumang dengan seks dan zina," katanya.
Katanya, kebanyakan remaja terlanjur ini tidak faham ada jalan keluar untuk membetulkan kerosakan itu kerana mereka terlalu mentah untuk memikirkan perkara itu.
Menurut beliau, ketagihan pornografi agak dahsyat sehingga menjadi pencetus utama kepada permasalahan yang lebih besar seperti HIV dan kandungan luar nikah.
Menurutnya, punca lain berlaku pornografi ialah kekurangan pemantauan ibu bapa.
Berkongsi pengalaman kes yang pernah dikendalikan di Rumah Puteri Arafiah, Hazwani Husna berkata, ada pelatih terlibat sumbang mahram.
“Alhamdulillah dia menang kes itu yang, melibatkan bapa saudara sendiri.Pada masa itu umurnya 15 tahun tetapi bukan dengan kerelaan atau kerana kepandaiannya.
”Bermakna dia tak tonton pornografi, dia tak tahu apa-apa tetapi lama-lama dia diajak oleh bapa saudara sendiri untuk ‘buat’ tu nampak kat situ permulaan.
“Mula-mula dipaksa lama-lama jadi paksa rela kemudian jadi suka berkali-kali jugalah yang boleh sampai mengandung. Perkara yang buat dia menang kes sebab ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pak cik dia, pedofilia ini kebanyakan kes yang berlaku kerana keluarga yang berantakan,” katanya.
Menurut Hazwani Husna, perceraian dan perkahwinan baru ibu dan bapa mengakibatkan anak-anak mereka diserahkan kepada jagaan orang lain juga pencetus kepada masalah pedofilia seperti ini.
Tambahnya, terdapat satu kes kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun setengah sudah hamil angkara perbuatan bapa tiri.
“Tapi kita tak boleh ambil kes ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kendali kes ini sebab dia terlalu kecil. Kita dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa ruang pinggul dia terlalu kecil untuk dia melahirkan bayi.
“Apabila kita tanya, dia kata bapa tiri tapi mak dia sendiri tidak percaya suami dia yang buat jadi untuk membuktikan hanya dengan DNA saja la.
“Budak tu sangat muda dan kerosakan dia terlalu teruk. Dia kena pergi psikatari, kaunselor, benda-benda macam tu buat dia keliru. Umur 11 tahun lebih orang pergi sekolah belajar dia dah bawa perut, dia tak faham apa-apa... bila kita tanya, dia tak tahu,” ceritanya.
Tambahnya, kes kanak-kanak malang ini menjadi lebih sulit apabila ibunya sendiri tidak percaya perbuatan itu dilakukan oleh suami baharunya.
“Semasa kita tanya tentang pornografi dia pun tak tahu, kiranya dirogol. Hal ini secara automatik pedofilia adalah pornografi.
Beliau turut menjelaskan berdasarkan rekod kebanyakan penghuni di Rumah Puteri Arafiah datang dari Pahang, Perak, Sabah dan pantai timur.
“Kebanyakan mereka tinggal di kawasan padat seperti tanah rancangan, pedalaman dan flat. Umur 15 dan tahun di tanah rancangan sangat dahsyat sebab mereka terlibat dengan pengambilan dadah," katanya.
Sementara itu, menurutnya pernah seorang pelatih menemuinya dan membuat pengakuan berani.
“Dia mengaku sendiri waktu sujud solat taubat pun masih berfikir lagi, 'oh, ni kalau dah ada lelaki ni best ni'. Maknanya khusyuk dengan ALLAH tu dah tak ada dah. Dia boleh fikir benda lain pula.
”Di sini salah satu jalan yang kami buat bagi elak berfikir macam tu, selain solat, mengaji, bertaubat, mereka kena fikir sebagai hamba ALLAH dan salurkan tenaga ke tempat lain.
Justeru, katanya, pelatih perlu aktif beriadah dan banyakkan berfikir perkara lain yang lebih bermanfaat.
Sinar Harian
Mon Feb 12 2018
Ketagihan pornografi agak dahsyat menjadi pencetus utama kepada permasalahan yang lebih besar seperti HIV dan kandungan luar nikah. - Gambar fail
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Ketagihan pornografi parah
-Pernah satu hari dia datang jumpa, dia pegang saya dan cakap Ummi, dah tak tahan sangat, saya dah usaha untuk tak ada rasa tapi kenapa masih rasa nak buat lagi?" Itu rintihan pelatih di Shah Alam.