MALAYSIA
Ketatkan semula SOP PKPP: Ini 5 perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilonggarkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19.
Berikut merupakan lima perkara penting yang anda perlu tahu dalam sidang media PKPP yang memasuki hari ke- 44 oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
1) Kerajaan memutuskan untuk mengetatkan semula SOP yang dilonggarkan sebelum ini susulan peningkatan kes.
2) SOP mengenai sambutan perayaan Aidiladha dan kru kapal terbang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.
3) 2,897 individu kuarantin wajib di rumah gagal jalani saringan COVID-19 kali kedua.
4) Op Benteng diperhebat, elak sempadan negara dibolosi.
5) PDRM tahan 330 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami