awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketenteraan paling lemah di Asia Tenggara: "Jadikan Malaysia 'great again'" - Mat Sabu

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/08/2018
04:56 MYT
Ketenteraan paling lemah di Asia Tenggara: "Jadikan Malaysia 'great again'" - Mat Sabu
Menurut Mohamad Sabu kesiapsiagaan ketenteraan Malaysia pada ketika ini berada di tangga terbawah berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara. - Gambar fail
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan misinya pada ketika ini adalah untuk menjadikan kesiapsiagaan ketenteraan di negara ini berada pada kedudukan yang terbaik di Asia Tenggara.
Tegasnya, kesiapsiagaan ketenteraan Malaysia pada ketika ini berada di tangga terbawah berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara.
"Kita akan bincang dengan segala kepakaran dalam tentera udara, laut, serta Panglima Angkatan Tentera dalam meletakkan semula (kesiapsiagaan ketenteraan) negara ini.
"Sekarang ini kedudukan (ketenteraan) kita bagi laut, darat, udara di Asia Tenggara, kita berada paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan (sementara) Indonesia nombor satu.
"Malu kita kalau pergi peringkat antarabangsa, tapi saya akan jadikan Malaysia 'great again', jadi nombor satu semula," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut menegaskan pihaknya tidak akan mengulangi sebarang kelemahan yang dibuat Barisan Nasional (BN) ketika memegang kementerian itu.
"Saya boleh mengambil sikap meletakkan kesalahan pada kerajaan dulu tapi itu tidak selesaikan masalah. Jadi mana-mana kelemahan kita akan baiki dan tak akan diulang tapi mana yang baik kita akan teruskan.
"Sekarang saya fikir untuk perkuatkan keselamatan negara sebab InsyaAllah, BN tak akan kembali dalam masa terdekat jadi itu tanggungjawab kami," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Danyal Balagopal Abdulah (PH - Port Dickson) yang mengemukakan soalan tambahan kepada menteri sama ada kerajaan baharu akan campur tangan dengan perancangan termasuk berkaitan peruntukan untuk keselamatan negara.
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Indonesia
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#Mat Sabu
#Mohamad Sabu
#rakyat
#tentera
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan