awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terperdaya pelaburan klon
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pembangkang failkan usul tidak percaya terhadap Najib

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2015
07:13 MYT
Ketua Pembangkang failkan usul tidak percaya terhadap Najib
Wan Azizah berkata usul itu telah diterima oleh Pejabat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata berkata beliau telah memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Parlimen hari ini.
"Usul itu difailkan pagi ini kerana kami percaya, Perdana Menteri telah kehilangan kepercayaan dari anggota majoriti Dewan Rakyat," kata Dr Wan Azizah.
Menurutnya, usul itu difailkan seperti diperuntukkan mengikut 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat Malaysia.
Katanya, usul itu telah diterima oleh Pejabat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau turut menegaskan usul terbabit hanya berkaitan undi tidak percaya terhadap Najib dan bukannya terhadap kerajaan.
"Ini kerana saya dan ramai yang tidak kira sokongan politik mereka, percaya kesukaran yang dihadapi susulan krisis ekonomi, sosial dan politik yang dihadapi oleh negara ini adalah berpunca dari krisis kepimpinan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan