awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pesuruhjaya dibedah hari ini

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
07/08/2015
10:40 MYT
Ketua Pesuruhjaya dibedah hari ini
Tan Sri Abu Kassim kini dalam cuti sakit dan bakal menjalani pembedahan risiko akibat masalah belakangnya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed disahkan menjalani pembedahan berisiko akibat sakit belakang.
Sumber yang dekat dengan beliau memaklumkan pembedahan itu dibuat hari ini.
Beberapa blog sebelum ini melaporkan Abu Kassim cuti sakit dan dijadual menjalani pembedahan.
Media pada Rabu melaporkan Abu Kassim mengambil cuti sakit sehingga minggu depan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali akan memangku jawatan beliau sehingga beliau kembali bertugas.
Ahkbar The Star sebelum ini melaporkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul menafikan Abu Kassim diarahkan bercuti.
SPRM merupakan satu daripada empat badan yang menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Badan bebas itu sebelum ini mengesahkan transaksi bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib yang juga Menteri Kewangan, merupakan derma dan bukan disalurkan oleh syarikat millik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pada masa sama, SPRM turut mengesahkan masih meneruskan siasatan ke atas dana RM4 bilion dan kaitannya dengan anak syarikat 1MDB, SRC International.
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#Mustafar Ali
#Pembedahan
#sakit belakang
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan