Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Keyakinan pelabur kepada Sarawak tidak terjejas

Keyakinan pelabur kepada Sarawak tidak terjejas
Sarawak masih menjadi pilihan pelabur dalam dan luar negeri ketika ini. FOTO: Bernama
KUCHING: Kemelut politik yang melanda negara ketika ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur ke Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, biarpun pergolakan politik yang berlaku dalam negara ketika ini namun Sarawak mempunyai kekuatan tersendiri.

“Kita masih mampu menjadi pilihan kepada pelabur-pelabur sama ada daripada dalam mahupun luar negara.

“Kita telah berjaya melaksanakan pelbagai projek yang diperlukan oleh rakyat dan kita juga berjaya menambah sumber pendapatan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kuching pada Khamis.
Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak menambah polisi dan dasar yang dibawa Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengukuhkan lagi keyakinan pelabur.

Antaranya penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) kepada produk petroleum.
Ujar beliau, kesemua inisiatif itu dilaksanakan untuk memperluaskan lagi pendapatan negeri.


Tag: Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Bank Pembangunan Sarawak DBOS, Cukai Jualan Negeri SST, Ekonomi, Malaysia2020



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.