Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang dari tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan ekonomi negara.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob memutuskan bahawa ia terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana tidak ada saksi yang dipanggil dalam kes ini.
Dalam penghakiman ringkasnya, beliau berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa kedua-dua tertuduh perlu diberikan kebebasan mutlak dengan alasan demi kepentingan awam dan keadilan saksama.
Semalam, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menerima arahan untuk tidak meneruskan kes itu dan memohon kedua-dua mereka dilepas tanpa dibebaskan.
Bagaimanapun peguam defendan memohon untuk pembebasan, kerana pelepasan tanpa dibebaskan akan membolehkan pihak pendakwa menuduhkan semula mereka.
Khairuddin dan Chang sebelum ini dituduh bersama-sama cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun lepas.
Kedua-duanya berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Lima lokasi itu ialah Pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis Waichan, Hong Kong, dan Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura.
Mahkamah Tinggi pada 18 November tahun lalu, membenarkan mereka diikat jamin selepas memutuskan bahawa tuduhan yang dihadapi kedua-dua mereka bukan kesalahan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).
Astro Awani
Fri May 12 2017
Bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kanan) dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. - Foto Bernama
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.
Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.
Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.
Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.
'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib.