awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid bersara sebagai Ketua Polis Negara esok

Bernama
Bernama
03/09/2017
10:37 MYT
Khalid bersara sebagai Ketua Polis Negara esok
Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Dis 1976. - Gambar fail
Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi sebagai Ketua Polis Negara pada satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, esok.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu.
Khalid berkata persaraannya, yang dibuat awal sehari sebelum hari lahirnya pada Selasa ini, diputuskannya sendiri.
"Ya, memang benar saya akan bersara esok... perancangan saya selepas ini adalah mengikuti kelas memasak di Malaysian Institute of Baking di Petaling Jaya," katanya kepada Bernama di sini.
Khalid akan diraikan pada majlis Perbarisan Khas sempena persaraan beliau di Padang Kawad, Pulapol yang dijadual pada 2.30 petang esok.
Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Dis 1976.
Antara jawatan penting yang pernah disandangnya adalah Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2006) dan Ketua Polis Selangor (2007), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2010) dan Timbalan Ketua Polis Negara (2011).
Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#kelas memasak
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#persaraan
#tamat perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan