awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid nafi keluarkan kenyataan arah kuil Batu Caves diroboh

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2015
01:09 MYT
Khalid nafi keluarkan kenyataan arah kuil Batu Caves diroboh
Susulan penyebaran meluas kenyataan yang bertajuk 'Notis Perobohan Kuil Batu Cave' di media sosial itu, pihak polis katanya sedang melakukan satu siasatan keatasnya. - Gambar Fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan beliau ada mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang kononnya polis telah mengarahkan Kuil Batu Caves diroboh.
Penafian itu dibuat menerusi laman twitter dan Facebooknya.
Susulan penyebaran meluas kenyataan yang bertajuk 'Notis Perobohan Kuil Batu Cave' di media sosial itu, pihak polis katanya sedang melakukan satu siasatan bagi mengenal pasti pihak yang menyebarkannya .
Pihak polis juga kini sedang memburu indivividu yang memalsukan kenyataan itu.
Kenyataan palsu itu antara lain menyebut satu notis merobohkan kuil Batu Caves telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Tambah kenyataan itu lagi, tapak itu telah diambil alih oleh pihak kerajaan bagi tujuan pembinaan 'bandar raya'.
Sehubungan itu pihak berwajib diarah mengosongkan tapak kuil manakala orang awam pula diminta tidak mengunjungi kawasan itu bermula 2 Mei.
Kononnya bagi tujuan kerja-kerja perobohan kuil.
PDRM
PDRM
Kenyataan akhbar palsu oleh PDRM yang disebarkan di media sosial. - Sumber Facebook
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan