MALAYSIA
Khalid Samad diserang penyokong Tajuddin Rahman di Parlimen

Khalid sebelum itu dilihat baru turun dari kenderaannya dan sedang berjalan menuju ke pintu masuk Dewan Rakyat sebelum diserang kumpulan berkenaan. -Astro AWANI/Wildan
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad diserang lebih 10 individu dipercayai penyokong ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Khalid sebelum itu dilihat baru turun dari kenderaannya dan sedang berjalan menuju ke pintu masuk Dewan Rakyat sebelum diserang kumpulan berkenaan lalu berlaku pergelutan sebelum dileraikan oleh pegawai polis bertugas.
Serangan itu dipercayai susulan tindakan Khalid yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami