Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Khidmat Haniza Mohamed Talha sebagai Exco Selangor berakhir hari ini

Khidmat Haniza Mohamed Talha sebagai Exco Selangor berakhir hari ini
Khidmat Haniza Mohamed Talha sebagai Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri Selangor tamat hari ini.
SHAH ALAM: Khidmat Haniza Mohamed Talha sebagai Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri Selangor tamat hari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata penamatan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu sebagai Exco kerajaan negeri bersesuaian dengan keputusan PKR yang melucutkan keahlian Haniza.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bermesyuarat pada Rabu lepas mengenai status Haniza (sebagai Exco) dan keputusan menamatkan khidmat beliau selari dengan pelucutan keahliannya daripada PKR.

"Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memberi perkenan mengenai perkara itu pada majlis sembah maklum semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amirudin berkata portfolio itu akan dipangku olehnya dan sebarang program berkaitan portfolio berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

Pada masa sama katanya, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas sumbangan Haniza.

Pada 29 Jun lepas, Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan syor Lembaga Disiplin bersetuju melucutkan keanggotaan lima ahlinya termasuk Haniza yang merupakan Ketua Wanita PKR.

Keahlian Haniza dalam PKR digantung pada 6 April lepas kerana bertemu dengan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden parti itu Zuraida Kamarudin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

-- BERNAMA


Tag: ADUN, Exco Selangor, Haniza Mohamed Talha, Kerajaan Negeri Selangor, Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, ADUN Lembah Jaya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.