awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba bergelut padam kebakaran tahap kecemasan ketika gelombang haba landa Australia
Presiden Iran, Putera Mahkota Arab Saudi bincang kepentingan perpaduan negara Islam
IRGC beri amaran, negara jiran dianggap ‘musuh’ jika wilayah digunakan untuk serang Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khir Toyo dapat remitan empat bulan - KDN

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2016
08:36 MYT
Khir Toyo dapat remitan empat bulan - KDN
Mohamad Khir diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan di Penjara Kajang. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menjelaskan bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendapat remitan empat bulan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan perlu menjalani hukuman penjara selama lapan bulan sehingga 29 Mei 2016.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan turut berkata Mohamad Khir diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukuman
Mohamad Khir diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan di Penjara Kajang.
"Seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara Malaysia berpuas hati dengan tahap pemulihan banduan semasa menjalani hukuman di penjara.
“Dalam konteks ini, Mohamad Khir dijatuhi hukuman 12 bulan penjara yang bermula pada 29 September 2015 dan sepatutnya berakhir 28 September 2016.
“Beliau mendapat remitan empat bulan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan menjalani hukuman penjara sehingga 29 Mei 2016,” katanya dalam kenyataan itu.
Tambahnya, Mohamad Khir tertakluk kepada Perintah Parol yang menggariskan 27 syarat yang antaranya mengkehendaki beliau:
  • Melaporkan diri kepada Pegawai Parol Daerah Klang pada masa yang ditentukan oleh Pegawai Parol Daerah Klang;
  • Menetap/tinggal di alamat sebagaimana yang dinyatakan pada Perintah Parol;
  • Mengikuti apa-apa program bagi pemulihan sebagaimana yang diadakan atau diarahkan oleh seseorang Pegawai Parol;
  • Tidak boleh meninggalkan daerah parol tanpa kebenaran Pegawai Parol;
  • Tidak boleh meninggalkan Malaysia.
Permohonan bekas MB Selangor itu diluluskan Lembaga Parol selepas mengadakan mesyuarat pada pagi Selasa.
Beliau dihukum penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Keputusan itu dibuat pada akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Pelaksanaan Perintah Parol yang pertama membabitkan seramai 64 orang banduan pada 26 Julai 2008. Sejak sistem parol dilaksanakan sehingga 14 Mac 2016, seramai 12,550 banduan telah dibenarkan menjalani parol di luar penjara.
Topic Berkaitan
#bekas MB selangor
#Mohamad Khir Toyo bebas dengan parol dari Penjara Kajang mulai Selasa
#Rasuah
#wira mohtarudin baki
#zaharah kechik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan