awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging

Bernama
Bernama
26/08/2015
11:57 MYT
Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging
Setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar Fail
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang dekat sini setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 di sini, pagi ini.
Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulan.
Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.
"Setakat pukul 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu kepada Bernama di sini.
Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dalam 2007.
Topic Berkaitan
#jantung
#Khir Toyo
#Menteri Besar
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan