Kilang gagal patuh SOP berdepan tindakan termasuk ditutup - KP Kesihatan

Dr Noor Hisham berkata, semua kilang yang dibenarkan beroperasi namun gagal patuh SOP berdepan tindakan termasuk ditutup. - Gambar BERNAMA
Semua kilang yang dibenarkan beroperasi tetapi gagal mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) akan berdepan tindakan tegas termasuk penutupan premis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, semua kilang tersebut wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh terdekat.
Katanya, kementerian akan melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan garis panduan tersebut.
"KKM akan membuat pemantaun dari semasa ke semasa bagi memastikan semua kilang mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Kita ada SOP, jika gagal patuhi akan ambil tindakan untuk menutup kilang berkenaan sementara untuk beri masa kepada mereka mematuhinya," katanya dalam sidang media harian pada Khamis.
Terdahulu tular di media sosial mengenai operasi sebuah kilang didakwa gagal mematuhi SOP termasuk aspek penjarakan sosial oleh pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

