Kegagalan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) untuk beroperasi di Pahang mungkin menjadi satu 'tragedi' memandangkan kilang itu merupakan pelaburan perintis bagi negara Australia di Malaysia.
Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.
"Lynas amat penting buat kami kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada Australia mahupun Malaysia.
"Oleh itu, kami mahu memastikan ia dapat terus berkembang dan mencipta banyak peluang pekerjaan sekali gus menarik lebih banyak syarikat gergasi Australia lain datang melabur di sini.
"Jika operasi kilang Lynas ini gagal, berita ini pasti tersebar ke seluruh Australia dan pastinya syarikat-syarikat besar yang pada mulanya berminat tidak lagi mahu membuat pelaburan di negara ini," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis minum teh bersama kakitangan Lynas dan penduduk setempat.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu.
Goledzinowski berkata kajian tentang operasi Lynas jika mahu dilakukan selepas ini juga perlu berdasarkan fakta dan bukti serta tidak dibuat atas kepentingan politik mahupun mengikut emosi.
"Saya rasakan Lynas tidak perlu lagi disiasat kerana ia sudah beroperasi selama enam tahun dengan mengikut peraturan ditetapkan sebagaimana kilang-kilang lain.
"Namun jika kerajaan Malaysia mahu melakukan kajian itu hak mereka... tetapi kami berharap ia melalui proses awam agar hasilnya diketahui orang awam khususnya masyarakat setempat.
"Saya turut percaya Lynas mampu untuk berkomunikasi dengan pihak kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan masalah sisa buangan kilang pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Andansura berkata adalah tidak mudah bagi pihak kerajaan untuk sewenang-wenangnya menutup kilang Lynas kecuali berlaku pelanggaran undang-undang.
Beliau juga berpendapat tiada lagi keperluan untuk melakukan kajian tentang operasi kilang Lynas tetapi tumpuan harus diberikan dari aspek sisa buangan dan impak kepada alam sekitar.
"Walaupun kini kerajaan pusat sudah bertukar, kita masih mengikut peraturan yang ditetapkan dari segi penguatkuasaan operasi dan melindungi alam sekitar.
"Dalam lawatan saya baru-baru ini saya lihat begitu banyak sisa buangan dan jika dibiarkan ia pasti memberi kesan kepada persekitaran.
"Tapi difahamkan bahan buangan itu boleh digunapakai menjadi baja untuk aktiviti pertanian... jadi semestinya ia memberi sesuatu yang positif kepada semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
Tidak mudah bagi kerajaan untuk sewenang-wenangnya menutup kilang Lynas kecuali berlaku pelanggaran undang-undang. - Gambar hiasan
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.