awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen: Murid enam tahun bukan 'tikus makmal' - Fadhlina
Penyokong kecewa, pemain Man City bayar semula tiket di Bodo
Santuni lebih 7,000 pelanggan, Khairul Aming terpaksa dapatkan rawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang proses makanan kotor, menjijikkan diarah tutup

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/07/2020
14:50 MYT
Kilang proses makanan kotor, menjijikkan diarah tutup
Antara kerisik yang terlalu kotor ditemui dalam operasi kilang memproses makanan di Bukit Mertajam hari ini.
Kotor, jijik dan meloyakan apabila bangkai dan najis tikus ditemukan di tempat memproses makanan.
Itu keadaan empat buah kilang termasuk sebuah kilang membuat kerisik di Jalan Ara Kuda, Bukit Mertajam ketika diserbu anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (JKN) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata serbuan dilakukan susulan aduan orang ramai mengenai penemuan objek asing dalam makanan itu.
Ketika serbuan jam 10 pagi yang bermula di kilang kerisik itu, beberapa pekerja dipercayai warga asing yang sedang menguruskan mesin bertempiaran melarikan diri ke dalam ladang sawit sebaik melihat kehadiran penguat kuasa.
Selain itu, katanya pihaknya turut memeriksa kilang kicap yang beroperasi tanpa mengikut piawaian kebersihan ditetapkan dan mendapati premis itu terlalu kotor.
"Kesalahan yang dilakukan amat besar dan tak dapat maafkan (kerana terlalu kotor). Kita dapati perparitan juga tidak terurus dan bangunan itu juga kotor tidak diselengara.
"Selain itu, kita dapati pengendalian makanan (juga teruk) seperti kicap yang terdedah kepada bahan asing dan terdedah kepada serangga-serangga," katanya di sini, pada Selasa.
Katanya, pemeriksaan di sebuah kilang mi mendapati, selain kotor, ia juga mempamerkan logo halal yang meragukan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengenainya.
Katanya semua kilang terbabit diarahkan ditutup 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Beliau berkata demikian selepas operasi yang dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Seberang Prai Tengah dan Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP)
Keseluruhan kompaun dikeluarkan ke atas empat kilang tersebut berjumlah RM9,000 dan pemilik kilang dikehendaki membersihkan premis masing-masing sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Topic Berkaitan
#keselamatan
#kesihatan
#kotot
#operasi
#proses makanan
#siasatan
#tikus
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan