awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimanis Memilih: Kemenangan 'petanda' awal kepada keputusan PRU15

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/01/2020
07:17 MYT
Kimanis Memilih: Kemenangan 'petanda' awal kepada keputusan PRU15
Walaupun masih awal untuk meramal apa yang berlaku pada PRU15, namun PRK Kimanis menjadi titik tolak kepada perubahan berpolitik.
Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berpendapat mana-mana calon yang diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini adalah ‘petanda’ kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, walaupun masih awal untuk meramal apa yang berlaku pada PRU15, namun PRK Kimanis menjadi titik tolak kepada perubahan berpolitik.
Ujarnya, rakyat sedang memerhati gerak-geri pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang, sebelum diterjemahkan pada pilihan raya nanti.
“Kemenangan mana-mana calon pada PRK Kimanis adalah petanda kepada keputusan PRU15, itu yang saya boleh katakan secara umum.
“Cuma kita tidak boleh nafikan bahawa sebelum PRU15, masih banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk diperbaiki.
“Apabila ia menjadi signal (petanda) pada PRU akan datang, sudah tentu kedua-dua (kerajaan dan pembangkang) akan menambah baik kaedah berpolitik dan apa-apa berkaitan dengan parti masing-masing,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di UMS, pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai potensi, Dr Romzi berkata, calon Warisan, Datuk Karim Bujang dan Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi Parlimen Kimanis.
“Peluang menang pun setakat semalam (hari kedua kempen) saya rasa masih 50/50.
“Isu yang cuba dibangkitkan khususnya isu pembangunan dan Pas Sementara Sabah (PSS), kedua-dua calon masih memberikan komen yang sangat umum dan saya yakin kalau mana-mana calon mampu untuk menerangkan perkara itu (isu) dengan lebih jelas, itu menjadi faktor penentu utama (kemenangan),” tambahnya.
Jelasnya lagi, kelebihan akan berpihak kepada calon tersebut jika mereka menggunakan kelebihan jentera yang dimiliki.
“Seperti yang kita tahu, pembangkang (sebelum Pakatan Harapan menjadi kerajaan) jentera pilihan raya mereka masih lemah, tetapi pada pilihan raya ini jentera pembangkang (Barisan Nasional) ada sedikit kekuatan memandangkan pembangkang ketika ini adalah pembangkang yang baharu dan merupakan pemerintah selama 60 tahun,” katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dr Romzi Ationg
#Kimanis Memilih
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan