awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APG 2027: MPM jamin klasifikasi telus, piawaian antarabangsa di Malaysia
Jurang ekonomi rakyat meluas jika isu gaji, pengangguran tidak diatasi - Khairil Nizam
AWC jalin kerjasama dengan TwinMatrix Technologies pertingkat inovasi digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimanis Memilih: Proses pengundian awal berjalan lancar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/01/2020
04:28 MYT
Kimanis Memilih: Proses pengundian awal berjalan lancar
Pengundi terawal (dari kiri) pesara polis Awang Taba Awang Tengah, Koperal Iswandy Ladi dan Koperal Redond Sadong menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas mengundi awal di Bilik Gerakan Balai Polis Membakut hari ini. - Gambar BERNAMA
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berakhir pada pukul 12 tengah hari dengan hampir 100 peratus daripada sembilan pengundi yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, proses pengundian awal yang bermula pukul 8 pagi itu berjalan dengan lancar.
Setakat pukul 12 tengah hari, rekod SPR menunjukkan lapan pengundi hadir menunaikan kewajipan mereka.
“Pada pagi tadi kita melihat proses pengundian awal berjalan lancar dan jumlah pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal di Balai Polis Membakut adalah seramai sembilan orang.
“Proses pelaksanaan mengundi awal dan ia berjalan dengan lancar dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan proses pengundian awal, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohamed berkata, SPR berpuas hati dengan kempen PRK Kimanis yang kini berbaki tiga hari lagi sebelum hari pengundian pada 18 Januari ini.
“Setakat ini biasalah di setiap kempen akan ada masalah-masalah sedikit tetapi dari segi keseluruhannya kempen berjalan lancar dan teratur.
“Cuma ada beberapa kes dilaporkan di pihak polis samada di polis Papar dan juga Beaufort,” ujarnya.
Setakat 13 Januari, sebanyak dua kesalahan direkodkan oleh SPR membabitkan parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Sementara, tujuh laporan polis dibuat membabitkan beberapa kesalahan sepanjang kempen PRK Kimanis.
Terdahulu, satu saluran mengundi di Bilik Gerakan dibuka bagi membolehkan sembilan pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka.
Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, 18 Januari ini di pusat pengiraan undi berkelompok di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah Beaufort.
PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin. BACA: Pengundian awal PRK Parlimen Kimanis hari ini
BACA: Kimanis Memilih: Kecederaan tidak halang hadir tunaikan tanggungjawab BACA: PRK Kimanis: Polis buka enam kertas siasatan
Topic Berkaitan
#Kimanis Memilih
#Parlimen Kimanis
#pilihan raya kecil
#PRK Kimanis
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan