Tutup

Kimanis Memilih: Tiada insiden serius, pengundian lancar - SPR

Kimanis Memilih: Tiada insiden serius, pengundian lancar - SPR
Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau belum menerima sebarang aduan dan pengundian berlangsung secara aman. - Foto Astro AWANI
BONGAWAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang bermula pukul 7.30 tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden serius, setakat ini.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau belum menerima sebarang aduan dan pengundian berlangsung secara aman.
“Hari ini saya belum mendapat apa-apa laporan tentang sebarang pondok panas atau pelanggaran peraturan-peraturan pilihan raya oleh parti-parti atau penyokong.
 
”Saya rasa pihak polis juga berjaya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam
dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Viging Ulu, di sini, pada Sabtu.

Pusat mengundi di SK Vaging Ulu mempunyai seramai 643 pengundi dengan dua saluran. - Foto Astro AWANI
Katanya, SPR menjangkakan sasaran 70 peratus daripada 29,619 pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis berjaya dicapai sebelum pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang ini.

“Pengundi-pengundi boleh keluar ramai-ramai mengundi kerana cuaca pun amat baik dan kita tidak mahu sekiranya hujan, ia memberi sedikit kesulitan kepada pengundi untuk keluar mengundi.

“Saya juga telah meninjau langkah-langkah penambah baikan di mana salah sebuah sekolah, kami telah membaiki laluan pejalan kaki bagi memudahkan pengundi-pengundi terutamanya pengundi yang berusia,” katanya.

Setakat pukul 12 tengah hari, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah 50.37 peratus. - Foto Astro AWANI



Pusat mengundi di SK Vaging Ulu mempunyai seramai 643 pengundi dengan dua saluran.

Setakat pukul 12 tengah hari, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah 50.37 peratus.



Tag: Suruhanjaya Pilihan Raya, pilihan raya kecil, keselamatan, Parlimen, SPR, Kimanis Me ilih, PRK Kimanis, pilihan raya, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.