awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kira-kira 14 peratus penduduk Pahang penghidap diabetes

Bernama
Bernama
08/11/2018
21:40 MYT
Kira-kira 14 peratus penduduk Pahang penghidap diabetes
Kebanyakan mereka hanya mengetahui status diabetes apabila mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang dibuat saringan di luar atau menerusi program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen). - Gambar hiasan
Kira-kira 14.8 peratus daripada penduduk Pahang yang berusia 18 tahun ke atas adalah penghidap diabetes.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata apa yang membimbangkan ialah lebih separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit itu.
"Kebanyakan mereka hanya mengetahui status diabetes apabila mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang dibuat saringan di luar atau menerusi program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen).
"... itu pun tindakan untuk menjalani saringan dilakukan selepas merasakan ada tanda gejala diabetis," katanya pada Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Pahang 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, pada Khamis.
Mohamed Sapian juga memuji peranan Kospen dilihat aktif membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan kepada komuniti.
Katanya, sehingga kini terdapat 277 lokaliti Kospen di seluruh Pahang melibatkan penduduk di kawasan taman perumahan dan kampung tradisional di negeri ini.
"Anggota Kospen terdiri daripada komuniti setempat yang diberikan latihan mengendalikan pemeriksaan saringan kesihatan komuniti mereka bagi penyakit diabetes, darah tinggi, obesiti dan menangani stress.
"Kampung atau kawasan perumahan yang terlibat dengan Kospen juga mempunyai kawasan berjalan kaki 10,000 langkah yang ditempatkan dengan papan tanda kerana ia sukan yang mudah dilakukan," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#diabetes
#gaya hidup
#kempen kesedaran
#kesihatan
#pemakanan
#penyakit
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan