Kira-kira 45,000 daripada 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak mempunyai akaun bank bagi membolehkan bantuan tersebut disalurkan.
Justeru itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan meminta kerjasama institusi perbankan tempatan bagi membantu penerima untuk membuka akaun bank dengan baki sifar.
"Mereka hanya perlu mempunyai nombor akaun bank sahaja....kalau boleh dapat kerjasama daripada bank adalah lebih baik," katanya ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Ruang Bicara yang disiarkan oleh Bernama News Channel, di sini, Isnin malam.
Beliau berkata ia bagi memudahkan penyaluran bantuan tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan di mana pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada 11 Okt lepas, berkata bermula Januari 2020, PSP bersasar akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan.
Pertama bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal.
Bagi kategori kedua ialah semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, yang akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.
Sementara itu, mengulas permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR, beliau berkata, Saifuddin Nasution, yang juga setiausaha agung parti itu, veerkata permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu telah dibentangkan kepada Biro Politik PKR yang bermesyuarat minggu lalu.
Saifuddin Nasution, yang juga setiausaha agung parti itu, berkata pihaknya sedang mempertimbangkan permohonan tersebut.
"Ia mengambil masa sedikit untuk menganalisa dan membuat keputusan...itu memang proses biasa dalam permohonan menjadi anggota parti," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai tempoh keputusan berkenaan akan dibuat.
Pada awal bulan ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan Salleh yang dibuat dalam talian.
Salleh merupakan bekas Ketua Menteri Sabah dari 1994 hingga 1996 sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah (2010-2015) serta Menteri Komunikasi dan Multimedia dari 2015 hingga 2018.
Beliau, yang pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018 dan tewas kepada sepupunya Isnaraissah Munirah Majilis daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Salleh kemudian meninggalkan UMNO pada 12 Dis 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
atuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemu bual menerusi Program Ruang Bicara bertajuk Subsidi Petrol bersama Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama pada Isnin. - Foto BERNAMA
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Namun begitu, pengguna media sosial belum berpuas hati dengan video terbaharu itu, dengan ramai mempersoalkan mengapa ia kelihatan sangat kabur.
Stokin kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong murka, titah tindakan paling keras
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
AWANI Ringkas: Agong murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Bintang Liverpool Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan Ramadan.
Kerajaan Perpaduan jamin setiap penyelesaian sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesaian persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langggar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN
Langkah ini memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.
Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh
Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Laut Sarawak memberi nafas kepada komuniti nelayan.
Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.
COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan
Lebih 2 juta rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan setakat ini.
4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini
Seramai 4.3 juta orang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di seluruh negara yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.738 bilion pada 2020.
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.
BPR ringankan beban semua golongan
Daripada golongan bujang, isi rumah sehinggalah kepada golongan rentan, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman kepada para penerima.