Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan, kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.
Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.
Pengerusi MAP Dr Shamsuriani Md Jamal berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.
"Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaimana menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.
"Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang 'iklan' yang muncul ketika menggunakan internet jika 'iklan' itu membabitkan pasaran tidak sopan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di sini Sabtu.
Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin mengingkatkan kecelekan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.
Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan 'privacy functions' dalam akaun mereka bagi menghalang daripada dicerobohi orang-orang yang tidak dikenali.
" Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan 'privacy function' ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu.
Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana 'modus operandi' mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.
Karnival Kesedaran Rakyat bertujuan mengukuhkan lagi jurang antara agensi kerajaan dengan penduduk tempatan dan menerangkan kemajuan program-program yang dibiayai kerajaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang melancarkan program itu hari ini berkata ia memberi manfaat kepada orang ramai dari segi mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan maklumat mengenai bantuan kebajikan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masayrat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019
Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan 'privacy function' ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu, kata Dr Shamsuriani -foto Astro AWANI
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Kira-kira 80 peratus kanak-kanak 10 hingga 17 tahun telah lihat pornografi - MAP
Hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.