Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini, dengan dalam dan luar masjid itu penuh sesak dengan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara.
Kesesakan lebih terasa terutamanya apabila 'bayan' (program ceramah) dimulakan dengan mereka duduk rapat-rapat.
Begitu juga masa makan, keadaan hampir sama dan menjadi kelaziman untuk jemaah tabligh makan bersama atas satu talam bulat besar yang boleh dikongsi lima orang.
Masa tidur pula, menurut Umar, jemaah Markaz Labuan yang ditempatkan dalam masjid akan tidur dalam masjid dan begitulah juga dengan jemaah lain yang disediakan khemah akan beristirahat dan tidur bersama dalam khemah-khemah.
Namun, tidak dinafikan jemaah tabligh Malaysia yang paling ramai dan yang paling mesra dan dilihat bersalam dan berpelukan antara satu sama lain khasnya dengan jemaah luar negara yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau Arab.
Gambaran yang dikongsi oleh Umar akan perhimpunan Ijtimak Jord Qudama dan Ulama Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling - anjuran Markaz Tabligh Malaysia Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu jelas menunjukkan jemaah ambil mudah atau kurang sedar akan ancaman jangkitan COVID-19.
BACA: KKM rayu ahli jemaah tabligh tampil buat ujian saringan
Ijtimak itu yang bermula sebagai satu bicara minda keagamaan berakhir sebagai kluster besar jangkitan COVID-19 yang menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang dijangkiti virus itu di Malaysia.
Umar telah menyertai ijtimak di Masjid Jamek Sri Petaling sebanyak tiga kali termasuk pada tahun ini.
"Saya dan rakan-rakan tabligh lain hanya berkomunikasi antara satu sama lain bertanyakan khabar dan berkongsi pengetahuan agama dan tidak melibatkan jemaah luar negara," katanya.
Umar berada di Masjid Jamek Sri Petaling sehingga 2 Mac iaitu selepas tamatnya program itu (sebelum waktu solat Zuhur) dan hanya kembali ke rumah di Labuan pada 4 Mac.
"Saya berada dalam keadaan sihat sekembali dari Kuala Lumpur, cuma sehari selepas itu saya mengalami batuk dan selesema, namun tidak menyangka apa-apa.
"Sehinggalah saya terbaca kiriman mesej WhatsApp daripada rakan berhubung seorang ahli tabligh dari Brunei disahkan positif COVID-19 dan atas nasihat isteri, saya terus ke unit kecemasan Hospital Labuan pada pagi 11 Mac
"Setelah pegawai kesihatan mendengar penjelasan saya telah menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, saringan terus dilakukan dan mereka meminta saya menjalani kuarantin di bilik isolasi bersama seorang rakan saya".
Umar dan rakannya dikuarantin selama enam hari bermula 11 Mac selepas keputusan sampel diambil dari dalam hidung dan kerongkong mendapati mereka bebas virus iu.
"Sepanjang tempoh kuarantin, saya dan rakan saya diminta memakai topeng mulut dan hidung sepanjang masa, dan diberikan ubat demam, batuk dan selesema setiap hari.
"Setiap pagi dua pegawai kesihatan datang memeriksa kesihatan kami iaitu pernafasan, suhu badan dan tekanan darah dan selalunya pada sebelah petang, kami akan dihubungi melalui telefon bimbit kami oleh pegawai perubatan bertanyakan keadaan kesihatan.
"Kami lihat empat lagi ahli tabligh masuk untuk dikuarantin, tidak seperti kami yang lain, seorang daripada mereka berempat diambil sampel darahnya dan tidak lama selepas itu, saya mendapat tahu beliau positif COVID-19, saya doakan semoga beliau akan sembuh.
"Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, saya amat gembira selepas dimaklumkan, ujian ke atas sampel yang diambil dari dalam hidung dan kerongkong saya menunjukkan tidak ada jangkitan COVID-19," katanya.
Labuan merekodkan empat kes COVID-19, dan kesemua kes dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.
Sehingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki jemaah yang menyertai ijtimak tabligh itu yang belum membuat saringan, dan dipercayai lebih 10,000 orang telah menyertai perhimpunan tabligh itu.
Sebanyak 4,942 peserta menghadiri perhimpunan itu berjaya dikenal pasti sehingga 7 malam 17 Mac.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu sebanyak 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 18 2020
Kakitangan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya menampal notis penutupan sementara di Masjid Sri Petaling untuk kerja-kerja disinfeksi baru-baru ini. Gambar BERNAMA
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kisah jemaah tabligh Masjid Sri Petaling dikuarantin COVID-19
Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini.