awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
31/12/2014
00:57 MYT
Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan
Tindakan Sultan Muhammad V mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak Kelantan.
Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.
Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.
Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.
"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”
“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”
"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”
"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”
Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.
Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.
Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.
Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.
Terharu dengan pengorbanan sultan kelantan
— (@HidxyxtulAsmx) December 30, 2014
Respect sultan kelantan. Hope pemerintah lain mencontohi baginda. Daulat tuanku
— (@apis_boh) December 30, 2014
"@AfiqNurdin: Sultan Kelantan contoh paling wajar dicontohi. Proud to be kelantanese. Takbir !!!"
— Hipster (@_haziq98_) December 30, 2014
Bangga dapat jadi salah sorang anak kelahiran KELANTAN kerana mempunyai Sultan sebegini Daulat Tuanku .. pic.twitter.com/RT1aHUCq7t
— ه(@sharmia_) December 30, 2014
Salut Sultan Kelantan. No protokol.No media. Turun melawat mangsa banjir..drive sendiri 4WD. pic.twitter.com/UQr2N7WOci
— rienputri (@rienputri1) December 30, 2014
Sultan Kelantan !!!! proud on you !!! pic.twitter.com/4hYNIA165h
— ابمف(@lxnwell00) December 30, 2014
Drive sendiri, jenguk mangsa banjir tanpa media, tanpa wartawan. Ditanya mengapa mirip Tuanku, dia hanya senyum. Mmg respek Sultan Kelantan.
— Adrian (@adrianlimcheeen) December 30, 2014
Proud of my sultan. #kelantan pic.twitter.com/CSweK5IKmv
— DANIAL HAZIQ (@DanialHazick) December 30, 2014
Lelaki berkaki ayam tu sultan kelantan,dia keluaq istana tolong rakyat banjir #RespectSultanKelantan pic.twitter.com/VVkey4bEni
— لم∵ (@LuqmanManap_) December 29, 2014
"@AmirulToyol: Steady Sultan Kelantan, steady pic.twitter.com/C35FJDjrmQ" This is what a leader do.
— Al(@AliyaNazirah) December 29, 2014
Topic Berkaitan
#banjir
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad V
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan