Buat pertama kalinya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia merekodkan hanya satu kes positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari Rabu, 1 Julai 2020.

Malah, tiada kes penularan tempatan direkodkan pada hari ini.

Berikut lima inti pati sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu.

1. Hanya satu kes dicatatkan hari ini dan ia melibatkan kes import, tiada kes penularan tempatan.

2. Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia masih kekal di bawah 9,000 kes iaitu sebanyak 8,640 kes.

3. Seramai 21 pesakit disahkan pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih sepenuhnya dan discaj dari wad adalah sebanyak 8,375 kes, bersamaan 96.9 peratus daripada keseluruhan kes.

4. Jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan kini berkurang kepada bawah 150 kes dengan hanya 144 kes direkodkan setakat Rabu.

5. Tiada pertambahan kes kematian, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal 121
kematian.