awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kita perlu pengangkutan awam yang lebih efisien' - Netizen

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
12/06/2018
00:14 MYT
'Kita perlu pengangkutan awam yang lebih efisien' - Netizen
Pelbagai reaksi diutarakan oleh netizen di media sosial selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, hari ini.
Pelbagai reaksi diutarakan netizen di media sosial selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, hari ini.
Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi semalam, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.
Cadangan itu dikemukan selepas Proton yang diilhamkannya pada 1983 bukan lagi sebuah pengeluar kereta nasional selepas ia sudah dijual kepada Geely, sebuah syarikat automotif dari China.
Bagaimanapun, cadangan Mahathir itu tidak menerima sokongan penuh daripada rakyat sebaliknya beberapa pihak menyeru kerajaan untuk memberi fokus kepada pengangkutan awam kerana ia dilihat memberi lebih manfaat kepada masyarakat.
Rata-rata netizen berkata, peruntukan kos sebuah projek kereta nasional sepatutnya digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan awam negara termasuk meneruskan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 3 atau Laluan MRT Lingkaran dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dibatalkan Perdana Menteri awal bulan ini.
Berikut adalah antara reaksi di media sosial.
Projek MRT3 lebih penting untuk rakyat
Not this again. A public transport like MRT3 would have been way better for Malaysians. Connecting and lowering cost of transport for everyone. Having a national car project won't necessarily help us when all over the world car brands are closing down.
— Akmal Saufi MK (@akmalsaufi) June 11, 2018
Rakyat di Timur Pantai juga ingin menikmati perkhidmatan kereta api laju.
Dari buat national car baik teruskan je ecrl tu. Aku tak nampak mana buruknya projek ecrl. Kemon la orang East Coast nak merasa juga kereta api laju
— bil (@syabil_azri) June 11, 2018
Pengangkutan awam di Malaysia perlu dipertingkatkan terumatanya di Sabah dan Sarawak.
National car? Yes. But not now. We need to improve our public transportation. Sabah Sarawak especially.
— khairul hanif (@mynameishanif) June 11, 2018
Instead of a new national car, I'd prefer the government to look more into further enhancing: 1. Public transport within cities and between cities (and kampungs) 2. Energy Efficiency (EE) initiatives
— Asrul Muzaffar (@asrulmm) June 11, 2018
Kita tidak perlu kereta nasional untuk mengukur kemajuan negara.
We don't need a national brand car to be proud of our nation. Well we can have affordable and good public transportation as a proud achievement.
— Gandipan (@iamgandipan) June 11, 2018
Malah, ada juga yang menyokong cadangan tersebut tetapi dengan syarat - kerajaan perlu lancar kereta nasional berkuasa elektrik atau hybrid.
Actually I am for another national car manufacturer... only if 100% electrical or hybrid. This will encourage the STEM take up in our country... don't need to be immediate but at least a dream in next 5years.
— WeeLim Tiaw (@weelimtiaw) June 11, 2018
Kalau @chedetofficial nak buat kereta nasional jenis elektrik aku setuju. Kalau petrol or hybrid, tak sokong.
— AKML ABU (@AKML4BU) June 11, 2018
Topic Berkaitan
#kereta
#kereta nasional
#Mahathir Mohamad
#media sosial
#Pantai Timur
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan