Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah 'Waqaf' satu 'Jenama dalam Keluarga' hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Saleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu menghidupkan semangat sumbangan dana.
"Wawasan kita adalah untuk membangunkan institusi waqaf sebagai jenama dalam keluarga supaya setiap umat Islam berpeluang mendapat pahala berterusan yang boleh dibawa ke akhirat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di ceramah, 'Rejuvenation of Waqf: Towards Socio-Economic Empowerment' di sini pada Selasa.
Fuziah menggesa orang ramai mengelakkan mentaliti konvensional yang waqaf hanya untuk tujuan membantu masjid, sekolah agama, dan perkuburan Islam.
Katanya, konsep waqaf berkembang semasa pemerintahan Kerajaan Ottoman di mana hospital, sekolah, jalan raya, makanan dan keperluan asas lain masyarakat disediakan.
Sejak penubuhan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada 2004 dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) pada 2008, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit, bersama Majlis-majlis Agama Islam Negeri untuk memajukan harta waqaf, kata Fuziah.
"Projek yang dimajukan untuk keperluan sosial seperti sekolah, rumah perlindungan, pusat haemodialisis dan institut agama bagi mualaf," kata beliau.
Terdahulu, Fuziah turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama antara YWM dengan Public Islamic Bank Bhd dalam kolaborasi kutipan waqaf.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
Fuziah menggesa orang ramai mengelakkan mentaliti konvensional yang waqaf hanya untuk tujuan membantu masjid, sekolah agama, dan perkuburan Islam. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.
PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula
Keputusan tersebut disifatkan berlaku pada waktu sukar dan seolah-olah menyokong misi Israel untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa.
Isu Aman Palestin: SPRM siasat transaksi mencurigakan, syarikat
Pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam.
Dakwa seleweng dana: Shamsul Iskandar buat laporan polis terhadap Chegubard
Shamsul Iskandar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai fitnah serta usaha mendapatkan publisiti murahan.
Suruhanjaya EU mansuh sekatan dana EUR10 bilion Hungary
Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Viktor Orban untuk meningkatkan kebebasan badan kehakiman sepenuhnya mematuhi ketetapan yang dipersetujui.