awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K'jaan PH patut teruskan projek HSR, MRT3 - Najib

Bernama
Bernama
11/06/2018
15:03 MYT
K'jaan PH patut teruskan projek HSR, MRT3 - Najib
NAJIB: Jangan batal projek-projek pengangkutan awam sedemikian hanya kerana saya yang mulakan. - Gambar fail
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3) daripada memulakan satu lagi syarikat kereta nasional, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan tidak harus melaksanakan semula langkah-langkah pelindung yang hanya membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan yang tinggi.
"Semasa saya menjadi perdana menteri, saya jadikan satu keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur menerusi pengurangan cukai beransur-ansur dan dengan memperkenalkan insentif sambil memperluas projek pengangkutan awam," katanya menerusi catatan dalam Facebook dan Twitter hari ini.
Beliau mendakwa susulan itu, harga kereta kini semakin murah berbanding sewaktu beliau mula-mula menjadi perdana menteri manakala penggunaan pengangkutan awam melonjak.
"Bagi jangka panjang, langkah untuk membetulkan masalah legasi masa lalu akan memberi manfaat kepada rakyat dengan penjimatan ratusan bilion ringgit sambil menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih cekap, keberkesanan kos, kurang sesak dan kurang mencemarkan.
"Jangan batal projek-projek pengangkutan awam sedemikian hanya kerana saya yang mulakan dan kembali kepada projek semata-mata atas faktor kebanggaan yang akan lebih memudaratkan rakyat," katanya.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional baharu.
Bercakap pada Persidangan Antarabangsa ke-21 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di Tokyo, beliau berkata Proton yang ditubuhkan pada 1983 bukan lagi kereta nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beban rakyat
#HSR
#langkah pelindung
#MRT3
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan