awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM belum buat keputusan sambung PKP atau tidak - Noor Hisham

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/04/2020
11:18 MYT
KKM belum buat keputusan sambung PKP atau tidak - Noor Hisham
Ketika ini pihaknya masih memantau data harian dan belum membuat keputusan sama ada PKP akan disambung atau tidak. - Gambar fail
Tiada sebarang jaminan dapat diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal ditamatkan pada 28 April ini atau ia dilanjutkan.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan seperti penjarakan sosial masih perlu dilaksanakan sekiranya PKP ditamatkan.
“Belum pasti PKP tamat atau dilanjutkan. Yang pasti kita perlu elakkan perhimpunan.
“Contohnya, kita ada pelajar-pelajar universiti, mereka ingin kembali. Kita kena pastikan tiada kesesakan berlaku di stesen sebagainya. Itu yang penting.
“Juga, kita pastikan amalkan penjarakan sosial antara satu individu dengan individu lain. Kerap mencuci tangan dan sebagainya,” tegasnya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 di sini hari ini.
Tambah Noor Hisham, ketika ini pihaknya masih memantau data harian dan belum membuat keputusan sama ada PKP akan disambung atau tidak.
Beliau pada masa sama turut memaklumkan enam langkah atau strategi keluar PKP seperti yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini.
1. Penularan COVID-19 adalah pada tahap rendah atau tanpa transmisi. 2. Keupayaan sistem kesihatan dan kesihatan awam untuk kesan, uji mengasingkan/kuarantin setiap kes dan mengesan setiap kontak. 3. Zon merah atau kawasan panas risiko jangkitan dikurangkan sama sekali atau dihapuskan. 4. Langkah-langkah pencegahan seperti amalan penjarakan sosial dan mencuci tangan diteruskan dan dijadikan norma baru. 5. Mengurangkan risiko kes jangkitan yang diimport dari luar negara, kawalan sempadan. 6. Seluruh masyarakat terlibat sepenuhnya memahami dan memperkasa kehidupan seharian di bawah keadaan normal baharu.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#perhimpunan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan