awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM dan DoctorOnCall bekerjasama bantu tangani kekeliruan berhubung COVID-19

Fareez Azman
Fareez Azman
19/02/2020
08:52 MYT
KKM dan DoctorOnCall bekerjasama bantu tangani kekeliruan berhubung COVID-19
Virtual Health Advisory (khidmat nasihat atas talian) ini adalah saluran digital dihasilkan kolaborasi KKM dan DoctorOnCall. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari melancarkan satu aplikasi dengan kerjasama DoctorOnCall bagi membantu orang ramai menangani kekeliruan berhubung wabak COVID-19.
Perkhidmatan berbentuk nasihat atas talian itu akan berfungsi bermula Rabu dan ianya adalah percuma.
Menurut menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, platfom kesihatan digital itu akan melibatkan pakar perubatan keluarga dalam memberi penerangan kepada rakyat Malaysia bagi mengenal pasti COVID-19.
“Untuk makluman, Virtual Health Advisory (khidmat nasihat atas talian) ini adalah saluran digital dihasilkan dengan kolaborasi KKM dan DoctorOnCall.
“Ini adalah Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) daripada pihak DoctorOnCall, orang awam boleh mengakses program ini secara percuma dalam tempoh 3 bulan.
“Ia salah satu langkah dalam menyampaikan maklumat dan mengurangkan kekeliruan orang awam berhubung wabak COVID-19,” jelasnya.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat Pakar Perubatan Keluarga boleh diakses menerusi laman sesawang www.moh.gov.my
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#DoctorOnCall y
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#khidmat nasihat atas talian
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Menteri Kesihatan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan