awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan catat 33 peratus keluar mengundi, Lamag 30 peratus setakat 11 pagi - SPR
Proses pengundian PRK Kinabatangan, Lamag berjalan lancar setakat ini - Polis
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM nafi dakwaan rakyat Malaysia dijangkiti cacar monyet

Bernama
Bernama
22/05/2019
05:58 MYT
KKM nafi dakwaan rakyat Malaysia dijangkiti cacar monyet
Tegas Noor Hisham, KKM mengesahkan tiada kejadian kes 'monkeypox' dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tular di sosial media mengenai seorang rakyat Malaysia di Singapura dijangkiti penyakit 'monkeypox' atau cacar monyet.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, berkata dakwaan tersebut adalah berita palsu dan menegaskan tiada kes jangkitan penyakit itu dikesan di negara ini.
"Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menjadi kontak kepada kes 'monkeypox' itu.
"KKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa tiada kejadian kes 'monkeypox' dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia. Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian 'monkeypox' yang didakwa berlaku di Johor dan Kuala Lumpur.
Pada 9 Mei lepas, Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan satu kes import monkeypox dikesan melibatkan pesakit warga Nigeria berusia 38 tahun yang menghadiri satu bengkel di negara tersebut pada 28 April.
Terdahalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dalam kenyataan mengesahkan tiada kes 'monkeypox' dikesan di negeri itu.
Bagaimanapun katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan tindakan bagi mencegah jangkitan penyakit itu termasuk meningkatkan aktiviti pemantauan di semua pintu masuk Johor, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah melawat Nigeria.
Virus monkeypox atau cacar monyet boleh merebak kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti.
Virus itu juga boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.
Tanda dan gejala jangkitan adalah demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular (cacar) yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. Tiada rawatan atau vaksin khusus untuk jangkitan monkeypox.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#MOH
#monkeypox
#Noor Hisham Abdullah
#penyakit
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan