awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan

Fareez Azman
Fareez Azman
20/01/2020
08:42 MYT
KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan
DZULKEFLY: Kami memerlukan sedikit masa, untuk mengumpulkan semua data daripada fasiliti. - Astro AWANI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengumpul maklumat berkenaan jumlah pesakit Influenza A di seluruh negara.
Menurut Menterinya Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, proses berkenaan memakan masa kerana ia penyakit yang tidak wajib dinotifikasikan.
"Influenza ini bukan salah satu penyakit kewajiban untuk dinotifikasi. Kami memerlukan sedikit masa, untuk mengumpulkan semua data daripada fasiliti, bukan sahaja KKM tetapi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan, juga seluruh negara.
"Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Krisis (CPRC) Kebangsaan KKM, Putrajaya akan memantau dan wajar untuk kita terbitkan kenyataan kita waktu terdekat," katanya ketika ditemui media dalam Majlis Perasmian Hospital Tunku Azizah oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di ibu negara pada Isnin.
Sehingga kini, seramai 94 orang murid di Perak dan 12 orang murid sekolah rendah di Sabah dikesan dijangkiti Influenza A.
Mengulas mengenai perkembangan terkini di Wuhan, China berhubung koronavirus baharu, Kementerian Kesihatan jelasnya akan memantau penyaringan di pintu masuk negara.
“Belum dapat saya simpulkan secara khusus, Ketua Pengarah (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) akan menyimpulkan bagaimana kami akan meningkatkan langkah-langkah berjaga Influenza A," kata Menteri Kesihatan.
Topic Berkaitan
#China
#Dr Noor Hisham Abdullah
#H1N1
#Hospital
#Influenza
#Influenza A
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pendidikan
#keselamatan
#KKM
#Putrajaya
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan