awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM pertimbang penggunaan 'wristband' pintar - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/07/2020
11:08 MYT
KKM pertimbang penggunaan 'wristband' pintar - Dr Noor Hisham
Sebelum ini, Hong Kong dilaporkan menggunakan gelang elektronik kepada mana-mana individu yang tiba di negara itu.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan cadangan menggunakan gelang tangan pintar bagi menguatkuasakan arahan kuarantin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus dapat mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
“Wristband pintar... ya kita boleh pertimbangkan tetapi ada kos yang perlu kita lihat dan juga sekarang ini kita menggunakan aplikasi MySejahtera, juga dapat memberikan kita maklumat iaitu kita dapati ramai yang sepatutnya berada di rumah tetapi tiada di rumah.
“Contoh kes di Johor, polis datang di rumah untuk memastikan individu yang dikuarantin ada di rumah tetapi individu tersebut tiada di rumah. Jadi, polis akan tangkap dan bawa ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” katanya menjawab soalan pemberita dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Mengulas mengenai isu gelang tangan dipercayai dibuang oleh individu bawah pengawasan (PUS), Dr Noor Hisham, memberi amaran mereka yang gagal menunjukkannya kepada pegawai kesihatan selepas selesai tempoh kuarantin, boleh didenda.
Sebelum ini, Hong Kong dilaporkan menggunakan gelang elektronik kepada mana-mana individu yang tiba di negara itu.
Gelang tangan tersebut dihubungkan menerusi aplikasi di telefon pintar dan akan digunakan bagi memastikan pemakai mematuhi arahan kuarantin dan hanya berada di rumah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Gelang tangan pintar
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#wristband
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan