Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KKM sahkan PATI Myanmar dihantar pulang positif COVID-19

KKM sahkan PATI Myanmar dihantar pulang positif COVID-19
Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, 437 PATI adalah kumpulan pertama yang telah dihantar pulang pulang ke negara masing-masing. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang ditahan di depoh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur positif COVID-19.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, individu itu adalah antara 437 PATI yang telah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Beliau menjelaskan, mereka adalah antara kumpulan yang telah diasingkan sebelum dihantar pulang.

"Ya betul, kita terima satu laporan dari Myanmar. Jadi kita sedang meneliti kes ini dan setakat ini kita menempatkan 1,400 individu di pusat tahanan depoh Kuala Lumpur.
"Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula, kita mempunyai  437 individu di blok A dan telah diasingkan sebelum 18 Mac lalu dan kumpulan itu tidak menjalani ujian saringan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Noor Hisham berharap kes baharu COVID-19 akan menurun kepada angka dua digit yang lebih rendah.
Beliau memberitahu, dengan dua kawasan sasaran tumpuan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di pasar Chow Kit dan Pudu, KKM masih dapat mengekalkan angka dua digit.

"Kita sedang giat menjalankan ujian saringan ke atas warga asing.

"Walaupun ia adalah kes transmisi tempatan namun majoritinya adalah melibatkan warga asing," jelasnya.



Tag: COVID-19, PKP, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Myanmar, Kementerian Kesihatan, Kuala Lumpur, KKM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.