awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua jaringan Kipre bantu Penang FC kejutkan TFC di laman sendiri
Urus niaga rasmi wang kertas baharu Syria bermula Sabtu - Bank Pusat
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedia kerjasama dengan negara lain bagi menguji vaksin COVID-19 kepada manusia

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2020
09:57 MYT
KKM sedia kerjasama dengan negara lain bagi menguji vaksin COVID-19 kepada manusia
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini kajian masih di Fasa Dua iaitu ujian kepada haiwan dan belum masuk ke Fasa Ketiga, ujian ke atas manusia. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana negara untuk melaksanakan kajian menguji vaksin COVID-19 kepada manusia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini kajian masih di Fasa Dua iaitu ujian kepada haiwan dan belum masuk ke Fasa Ketiga, ujian ke atas manusia.
“Kalau lihat vaksin dijalankan ke atas haiwan berkesan, besar kemungkinan kita akan melaksanakan kajian Fasa Ketiga iaitu ke atas manusia.
“KKM bersedia untuk menjalankan kajian bersama negara lain tapi apa yang pasti sekarang, kita belum dapat laporan untuk kajian yang perlu dilaksanakan kepada manusia. Fasa ketiga adalah kajian untuk manusia.
“Kalau ada mereka telah kenal pasti vaksin tersebut yang berjaya dijalankan kepada haiwan dan boleh diguna kepada manusia, KKM akan cuba dapatkan kerjasama dari negara berkenaan untuk jalankan kajian bersama,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Isnin.
Tambah beliau, ketika delegasi dari China datang ke Malaysia, mereka memaklumkan sedang jalankan kajian vaksin dan laporan kajian itu mungkin akan diperolehi dalam bulan November ke Disember.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Putrajaya
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan