awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis yang baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM siasat dakwaan berkongsi tandas dengan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Kempas

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/04/2020
10:13 MYT
KKM siasat dakwaan berkongsi tandas dengan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Kempas
Dr Noor Hisham memberi jaminan akan menyiasat aduan bahawa pesakit yang sudah dua kali disahkan negatif COVID-19 telah berkongsi tandas dengan pesakit positif COVID-19.
Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan pesakit yang disahkan negatif berkongsi tandas dengan pesakit positif COVID-19 di Pusat Kuarantin di Kempas, Johor bahru.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebiasaannya pesakit yang disahkan negatif akan diasingkan.
"Dakwaan tandas itu kita akan semak dan lihat sama ada dakwaan tersebut betul atau tidak.
"Biasanya kita asingkan iaitu kes-kes yang positif kita asing daripada kes-kes negatif jadi mungkin ada tanggapan yang negatif itu jadi positif, jadi menggunakan tandas yang sama.
"Jadi, yang itu (berkongsi tandas) hanya dakwaan, kita akan siasat dan akan maklumkan nanti," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap dakwaan terdapat aduan bahawa pesakit yang sudah dua kali disahkan negatif COVID-19 telah berkongsi tandas dengan pesakit positif COVID-19.
Aduan tersebut turut mendakwa bahawa petugas kesihatan memaklumkan ia merupakan SOP biasa dan penularan COVID-19 tidak akan berlaku.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Johor Bahru
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan