Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KKM teliti cadangan ambil darah dari rumah penderma - KP Kesihatan

KKM teliti cadangan ambil darah dari rumah penderma - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham mengakui bekalan darah di Pusat Darah Negara ketika ini sememangnya berkurangan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan khidmat mengambil darah dari rumah penderma bagi menampung keperluan darah di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya perkara itu dilaksanakan, orang ramai yang ingin menderma boleh menghubungi talian bebas tol yang akan diwujudkan dan petugas KKM akan ke rumah mereka bagi proses mengambil darah.
"Memandangkan sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan, jadi ini dapat mengehadkan orang untuk keluar. Kita mungkin akan laksanakan ini untuk mengambil darah dari rumah ke rumah.

"Ini kaedah panggilan untuk menderma darah. Kami cuba melakukannya supaya mereka yang ingin menderma (darah), menghubungi kami dan pasukan kami akan datang ke rumah anda untuk mengambil darah," katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham mengakui bekalan darah di Pusat Darah Negara ketika ini sememangnya berkurangan.

Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan mulai 18 Mac sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19. - BERNAMA


Tag: COVID19, Kementerian Kesihatan Malaysia, penderma darah, Perintah Kawalan Pergerakan, Pusat Darah Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.