Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KKM tidak saran penggunaan terowong atau kotak sanitasi untuk cegah jangkitan COVID-19

KKM tidak saran penggunaan terowong atau kotak sanitasi untuk cegah jangkitan COVID-19
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada sebarang bukti kajian spesifik yang menunjukkan penggunaan beberapa peralatan termasuk kotak pembasmi kuman atau terowong sanitasi dapat mengurangkan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, ia selepas model peralatan daripada beberapa negara telah dinilai oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM.

Justeru, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan tersebut.

"Hasil daripada penilaian yang dilakukan mendapati bahawa tiada bukti untuk menunjukkan bahawa peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.
"Jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan. Prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman di dalam badan manusia.

"Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (mucous membrane) seperti di mata dan mulut.
"Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan Disinfection Box / Chamber / Tunnel /Booth / Partition / Gate sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia," katanya dalam sidang media harian, di sini, pada Rabu.


Dalam pada itu, beliau berkata KKM ujian telah dilakukan melibatkan seseorang melalui peralatan tersebut untuk tempoh 20-30 saat di mana individu akan disembur menggunakan bahan kimia bagi tujuan nyahkuman.

"Kesemua model yang telah dikaji menggunakan bahan kimia berlainan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

BACA: Penyembur nyah cemar terhadap individu tidak disarankan - Dr Jemilah



Tag: KKM, Kementerian Kesihatan, COVID-19, Terowong sanitasi, kesihatan, malaysia, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.