Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan keyakinan bahawa prosedur operasi standard (SOP) melibatkan sektor pendidikan yang telah diluluskan mampu membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan tersebut telahpun siap dan beliau sendiri berpeluang meninjau pelaksanaan tersebut.

Justeru, jelas beliau ibu bapa diingatkan supaya tidak bimbang dengan isu penjarakan sosial kerana keutamaan pembukaan sekolah diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan.

“Jadi, jangka masa adalah lebih kruang dua minggu sebelum kita buka (sekolah) baru kita akan maklum kepada mereka pelajar-pelajar dan ibu bapa.

“Tetapi apa yang pasti kita masih belum lagi membuat keputuan bila sekolah dibuka tetapi panduan seperti SOP semua sudah siap sedia dan saya melihat kepada pelaksanaan itu, saya yakin dengan kemampuan SOP yang ada dapat kita bendung penularan jangkitan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.