awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
Penang FC sedar halangan, persiap pasukan untuk tempuh 90 minit di Kuching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM arah batal Arahan dan Penentuan spektrum 3 jalur frekuensi

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
13:27 MYT
KKMM arah batal Arahan dan Penentuan spektrum 3 jalur frekuensi
Kata Saifuddin, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira isu teknikal, undang-undang dan ketelusan. - Bernama
Arahan dan Penentuan berkenaan penggunaan spektrum jalur frekuensi 700MHz, 900MHz, dan 2600MHz telah diarahkan dibatalkan dan dikaji semula dalam kadar segera.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira isu teknikal, undang-undang dan ketelusan pelaksanaannya.
"18 instrumen termasuk Arahan dan Penentuan berkenaan penggunaan spektrum jalur frekuensi 700MHz, 900MHz, dan 2600MHz telah dibentangkan kepada saya.
"Atas dasar isu-isu teknikal, undang-undang dan perlunya mengikut proses yang telus, saya telah mengarahkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membatalkan Arahan dan Penentuan tersebut serta mengkaji semula instrumen-instrumen tersebut dengan kadar segera," kata beliau dalam satu kenyataan media.
Kerajaan, tambah beliau, sentiasa komited dalam usaha untuk membangunkan negara serta memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam teknologi dan telekomunikasi.
Sumber spektrum merupakan satu aset negara yang diuruskan oleh MCMC, di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Pengurusan dan penguntukan spektrum ini penting untuk pembangunan negara melalui perkembangan pelbagai sektor seperti perkhidmatan sektor telekomunikasi, penyiaran, sains dan teknologi, kesihatan, maritim dan sebagainya.
Kenyataan media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Kenyataan media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Topic Berkaitan
#jalur spektrum
#kerajaan
#KKMM
#Komunikasi dan Multimedia
#MCMC
#Saifuddin Abdullah
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan