awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL catat pengurangan 18 peratus kutipan sisa domestik sepanjang Ramadan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
22/05/2020
04:06 MYT
KL catat pengurangan 18 peratus kutipan sisa domestik sepanjang Ramadan
Mohd Zain berkata, Alam Flora akan meneruskan perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang seperti biasa semasa perayaan Aidilfitri. - Gambar Alam Flora
Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mencatatkan penurunan kutipan sisa domestik sebanyak 18 peratus menjelang penghujung Ramadan ini di ibu negara berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, pihaknya memungut 27,000 tan sisa domestik di sekitar Kuala Lumpur pada tahun ini berbanding 33,000 tan pada 2019.
Katanya, angka tersebut menurun hasil daripada larangan aktviti jual beli di bazar Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan akibat wabak COVID-19.
"Sebelum ini, makanan yang tidak dihabiskan atau yang tidak terjual di bazar-bazar Ramadan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan harian, selain daripada bahan pembungkusan makanan seperti beg plastik dan pek polistren.
"Selain ketiadaan bazar Ramadan, pengurangan ini turut berpunca daripada amalan normal baharu orang ramai yang memasak sendiri makanan untuk berbuka puasa sebagai langkah penjimatan.
"Ini ditambah pula dengan ketiadaan penganjuran majlis berbuka puasa atau bufet berbuka puasa di hotel-hotel seperti kelazimannya sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mohd Zain menambah, Alam Flora akan meneruskan perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang seperti biasa semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ujarnya, lebih 9,000 pekerja dan 600 jentera sokongan akan terus beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga kawasan konsensi Alam Flora terbabit.
"Selain itu, kita berharap agar orang ramai lebih berhemah dalam menyediakan juadah raya agar tidak berlaku pembaziran dan makanan dibuang lebih-lebih lagi dalam tempoh PKPB ini.
“Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu risau kerana Alam Flora memberi jaminan bahawa petugas-petugas kami akan mengekalkan langkah-langkah keselamatan dan menjaga kesihatan bagi mengelak daripada dijangkiti wabak COVID-19 terutama bagi mereka yang bertugas di lapangan termasuklah pemandu, petugas kutipan dan pembersihan serta penyelia," jelasnya.
Topic Berkaitan
#hari raya
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Pahang
#puasa
#Putrajaya
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan