awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
PM Anwar mahu gangguan teknikal di pintu masuk negara tidak berulang - Shuhaily
Letupan di universiti swasta: Mangsa meningkat kepada 10 orang termasuk seorang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL Summit 2019: Lebih 400 pemimpin Islam bakal berkampung di Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/11/2019
07:57 MYT
KL Summit 2019: Lebih 400 pemimpin Islam bakal berkampung di Malaysia
Selain Dr Mahathir mewakili Malaysia, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan berada di Kuala Lumpur bulan depan bagi memberi idea selain mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam global.
Lebih 400 pemimpin Islam, pemikir, cendekiawan dan ulama bakal berkampung di tengah kota raya ini bagi memberi idea selain mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam global.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) berkata, platform antarabangsa itu menjadi medan kepada pemimpin dunia mencari penyelesaian secara dinamik dan berkesan seiring pemahaman secara kontemporari dan menyeluruh.
"Mereka (peserta) akan memahami masalah yang dihadapi umat Islam dan situasi yang berlaku ketika ini, selain memahami masalah lantaran kemerosotan dan kejatuhan kehebatan Islam kontemporari.
"Ketika ini, kita lihat umat Islam di mana sahaja ditekan, dihalau dan diusir dari negara asal, dipanggil sebagai pengganas, mereka berperang, memusnahkan negara hingga ada negara pentadbirannya lumpuh,” katanya kepada rakan media KL Summit 2019 di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.
Antara pemimpin dunia yang dijangka hadir adalah Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
Ujarnya, sidang kemuncak yang julung kali diadakan itu disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha membangkitan semula Islam kontemporari global.
"KL Summit memfokuskan kepada semua masalah tersebut di mana kita akan memahami sebab ia berlaku.
"Kita akan bentangkanya dan mencari cara untuk mengurangkan, jika tidak mampu menghapuskan segala permasalahan mendepani umat Islam," jelasnya.
Sidang kemuncak empat hari itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 18 Disember ini.
Terdapat tujuh bidang yang menjadi fokus pada perhimpunan pemimpin dunia Islam iaitu pembangunan dan kedaulatan; integriti dan urus tadbir; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan serta urus tadbir teknologi dan internet.
Astro AWANI merupakan rakan media bagi sidang kemuncak ini bersama media antarabangsa lain seperti Pakistan TV, TVRI, Al Jazeera dan TRT World.
Topic Berkaitan
#kebangkitan Islam
#KL Summit 2019
#Mahathir Mohamad
#oic
#Organisasi Kerjasama Islam
#Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan