awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL Summit 2019: Tiada paksaan jika tidak dapat hadir - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
17/12/2019
12:00 MYT
KL Summit 2019: Tiada paksaan jika tidak dapat hadir - Tun Mahathir
Tambah Dr Mahathir lagi, rata-rata delegasi yang hadir dilihat berminat dengan subjek yang bakal dibincangkan pada sidang kemuncak empat hari itu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada sebarang alasan diberikan oleh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan atas keputusan saat akhir beliau untuk tidak hadir ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada paksaan kepada mana-mana pihak dalam membuat keputusan bagi menghadiri sidang kemuncak yang bakal membuka tirai malam esok (Rabu).
Beliau pada masa sama turut menafikan laporan media di Pakistan yang menyatakan bahawa pembatalan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman di Riyadh.
“Itu pilihan dia (Imran). Kita tidak boleh paksa dan dalam Islam tiada paksaan. Mungkin ada masalah lain. Apa yang dilaporkan akhbar dia (Pakistan) tak kena, tiada masalah. Bagi kita tiada masalah.
“Siapa yang nak datang, kita jemput 50 negara. Ketua negara pada mulanya tiga orang dan selepas itu tambah Qatar dan Indonesia kerana mereka berhajat untuk datang.
“Kita tak boleh paksa. Kita hanya jemput. Ada yang akan datang hantar delegasi atau wakil mereka,” katanya ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Beliau sebelum itu melakukan lawatan persiapan akhir sebelum sidang kemuncak itu membuka tirai pada Rabu.
Tambah Dr Mahathir lagi, rata-rata delegasi yang hadir dilihat berminat dengan subjek yang bakal dibincangkan pada sidang kemuncak empat hari itu.
“Mereka nampak berminat subjek yang kita akan bincangkan ini. Kita harap mereka akan dapat serba sedikit maklumat berkenaan perbincangan yang tidak ada kaitan dengan agama, tetapi berkaitan ummah dan umat Islam,” jelasnya.
Imran antara pemimpin dunia yang mengilhamkan sidang kemuncak ini termasuk mewujudkan siaran televisyen bagi memberi penerangan terhadap Islam sekali gus mengekang Islamofobia.
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#KL Summit
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#PM Pakistan
#putera mahkota arab saudi
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan