Penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan (KL2017) berjaya menarik penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta tempatan dan antarabangsa untuk menjadi penaja, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Sehingga kini sebanyak 40 syarikat telah bekerjasama menaja temasya kali ini dengan jumlah penajaan melebihi RM100 juta," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan TNB, hari ini.
Berbaki 16 hari sahaja lagi sebelum temasya itu berlangsung secara rasmi, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) hari ini menerima penajaan terbaharu daripada syarikat pembekal elektrik bersepadu terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penglibatan TNB dalam KL2017 adalah sebagai penaja emas dan dikenali sebagai Rakan Rasmi Tenaga dengan jumlah sumbangan antara RM3 juta dan RM7.5 juta merangkumi wang tunai dan barangan berbentuk set penjana yang akan dibekalkan untuk kegunaan ketika temasya berlangsung.
Penyerahan penajaan TNB disampaikan oleh Ketua Pegawai korporat TNB Datuk Wira Roslan Ab Rahman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC Datuk Seri Zolkples Embong.
Kerjasama berkenaan adalah kolaborasi pertama TNB dengan Kementerian Belia dan Sukan serta dalam sejarah penganjuran Sukan SEA.
"Kepercayaan TNB dan rakan-rakan penaja yang lain...ia menjadi petanda bahawa temasya sukan ini telah berjaya membangkitkan minat banyak syarikat untuk menyokong usaha berkenaan sukan.
"Penajaan bukan sahaja bersifat CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi sukan secara amnya telah menjadi platform pemasaran yang diiktiraf dan semakin popular untuk memasarkan identiti korporat masing-masing," kata Khairy.
Terdahulu Roslan dalam ucapannya, berkata TNB telah menilai dan mempertingkatkan sistem bekalan elektrik di semua venue utama sejak setahun lalu.
"Sepanjang berlangsungnya KL2017, kami menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam di mana pasukan teknikal akan berada dalam keadaan tunggusedia di lokasi-lokasi strategik seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, kawasan sekitar KL Sports City, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, MITEC (Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia) dan Putrajaya serta venue-venue khusus di Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu," katanya.
Sempena majlis berkenaan, TNB turut melancarkan sebuah buku mewah bertajuk 'The Stick' yang disempurnakan pelancarannya oleh Khairy.
Buku berkenaan merakam detik-detik penglibatan TNB dalam pembangunan hoki negara yang bermula dari era Central Electricity Board atau CEB sejak hampir 70 tahun yang lalu.
Pada majlis itu juga TNB menyampaikan insentif berjumlah RM52,000 kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2017
Khairy (tiga, kiri) dan Roslan (tiga, kanan) melihat 'Coffee Table Book-The Sticks' selepas pelancaran buku itu pada Majlis Penyerahan Tajaan TNB sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 hari ini. --fotoBERNAMA
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.