Rasuah perlu diklasifikasikan sebagai keganasan terhadap negara dan jenayah terhadap kemanusiaan kerana ia lebih berbahaya serta memberi mudarat kepada kelangsungan hidup sesebuah negara bangsa, berbanding keganasan global.
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (ACAB) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, oleh itu, lembaga itu menyokong penuh seruan ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kerajaan mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu orang ramai.
"Seruan itu tepat pada masanya kerana SPRM, di bawah kepimpinan baharunya, kini masuk ke kawasan musuh untuk berperang. Momentum itu tidak sepatutnya dibiarkan menjadi lemah disebabkan ketiadaan kesungguhan politik dan keutamaan daripada pihak paling tinggi," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, sebenarnya, seruan agar rasuah dianggap sebagai musuh nombor satu orang ramai bukan sahaja ditujukan khusus kepada kerajaan, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sebelum ini, pada satu sesi dialog dengan para senator, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad menyeru kerajaan supaya mengisytiharkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai musuh nombor satu negara.
Beliau berkata para pegawai penguat kuasa dan individu yang diamanahkan kuasa telah menyumbang kepada peningkatan perbuatan negatif secara berleluasa, termasuk berkaitan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, ketirisan hasil negara, isu sempadan, jenayah kewangan, judi dan pelacuran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2017
Menurut Tunku Abdul Aziz, seruan itu tepat pada masanya. - Gambar fail
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Sektor perladangan digesa tingkat penggunaan teknologi, elak penebangan hutan
Perladangan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat ia memenuhi beberapa aspek.
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
Klasifikan rasuah sebagai keganasan terhadap negara, kemanusiaan - ACAB
ACAB sokong penuh seruan ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kerajaan mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu orang ramai.