awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLCC sahkan dua balang dibiarkan tanpa pengawasan di bahagian ruang legar

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2016
14:59 MYT
KLCC sahkan dua balang dibiarkan tanpa pengawasan di bahagian ruang legar
Dua balang uji kaji lampu yang ditinggalkan pelajar di luar Aquaria KLCC pada petang Rabu, selepas melawat Petrosains KLCC. - Foto PDRM
Pihak pengurusan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini mengesahkan dua objek yang tidak dikenal pasti telah ditinggalkan tanpa pengawasan di bahagian ruang legarnya.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, KLCC berkata pihak berkuasa berkaitan telah dihubungi dengan kadar segera dan orang ramai telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar berkenaan atas faktor keselamatan.
"Pihak berkuasa telah mengambil semua langkah berjaga-jaga dan keadaan semua kembali normal pada jam kira-kira 8 malam.
"Keselamatan delegasi, pelawat dan tetamu menjadi keutamaan kami, dan KLCC akan memberi kerjasama rapat dengan polis dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan," tambahnya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata dua balang berkenaan tidak mengandungi bahan letupan.
Katanya, botol terbabit sebenarnya merupakan bahan uji kaji sekumpulan pelajar yang ditinggalkan selepas mengunjungi Petrosains dan membuat projek sains menggunakan botol terbabit.
Polis juga telah mengesan kumpulan pelajar berkenaan bagi merakam percakapan mereka.
Topic Berkaitan
#KLCC
#Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan