awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klinik Kesihatan Manjoi beroperasi semula selepas didekontaminasi

Aida Aziz
Aida Aziz
10/03/2020
08:28 MYT
Klinik Kesihatan Manjoi beroperasi semula selepas didekontaminasi
Klinik Kesihatan Manjoi ditutup sementara waktu bagi tujuan langkah pencegahan menerusi dekontaminasi (menghilangkan kuman dan pencemaran). - Foto Ihsan Pembaca
Klinik Kesihatan Manjoi di sini kembali beroperasi seperti biasa pada jam 3.35 petang hari ini setelah ditutup sementara waktu bagi tujuan langkah pencegahan menerusi dekontaminasi (menghilangkan kuman dan pencemaran).
Ia susulan laporan terdapat seorang pesakit yang datang ke klinik itu dan berjumpa dengan salah seorang Pegawai Perubatan di bilik pemeriksaan.
Menurut Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, hasil pemeriksaan mendapati pesakit memberitahu sejarah perjalanan ke negara Jepun pada 27 Februari hingga 8 Mac lepas.
"Pesakit telah memberi sejarah gejala demam tanpa gejala pernafasan, namun pemeriksaan klinikal mendapati dia tidak demam sehingga 36 darjah Celcius.
"Setelah merujuk kepada Pakar Perubatan Infeksi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pesakit diklasifikasikan sebagai People under Investigation (PUI) B dan telah dihantar ke HRPB untuk siasatan lanjut.
"Klinik Kesihatan Manjoi telah ditutup sementara waktu bagi tujuan langkah pencegahan melalui dekontaminasi," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, klinik tersebut sudah beroperasi seperti biasa pada jam 3.35 petang tadi.
Ujarnya lagi, pegawai perubatan dan salah seorang anggota bersama pegawai telah melakukan langkah pencegahan proaktif melalui 'self-isolation' sehingga keputusan ujian pesakit PUI B diketahui.
Terdahulu, timbul suasana panik di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp kononnya tular ada suspek COVID-19 yang terlepas masuk ke dalam dewan klinik tersebut.
Menurut mesej tersebut, buat sementara waktu kaunter pendaftaran ditutup kepada orang ramai dan pesakit lain diarah ke klinik berhampiran.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#Hospital
#Ipoh
#Jepun
#kesihatan
#Klinik Manjoi
#koronavirus
#laman sosial
#perubatan
#siasatan
#suspek
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan