awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLQR Trail produk terbaharu DBKL, guna imbasan Kod QR promosi Kuala Lumpur

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2019
13:08 MYT
KLQR Trail produk terbaharu DBKL, guna imbasan Kod QR promosi Kuala Lumpur
Menerusi Kod QR ujarnya, pelancong boleh memuat naik maklumat setiap lokasi tarikan dilengkapi navigasi kesemua kawasan di sekitar ibu negara itu. - Astro AWANI
Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan dilancarkan tidak lama lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin melancarkan produk pelancongan terbaharu KLQR Trail iaitu penggunaan teknologi imbasan Kod QR di 17 lokasi tarikan di Kuala Lumpur.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL Noor Azman Malihin, projek tersebut merupakan sebahagian daripada promosi pelancongan yang pertama kali digunakan di negara ini.
Menerusi Kod QR ujarnya, pelancong boleh memuat naik maklumat setiap lokasi tarikan dilengkapi navigasi kesemua kawasan di sekitar ibu negara itu.
"Pelancong kebanyakannya tertumpu kepada pemandu pelancong tetapi untuk mendapatkan informasi di hujung tangan amat terhad. Justeru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tahu tempat yang sesuai bagi pelancong lawati, jadi kita betul-betul program ini agar senang kepada mereka.
"Mereka (pelancong) akan nampak lokasi tarikan atau produk pelancongan di Kuala Lumpur menerusi program ini," katanya
Ketika ini program terbabit ujarnya di fasa perintis, di mana 17 lokasi tarikan pelancong dipilih antaranya Kolam Biru River of Life, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Gallery, Jambatan Masjid Jamek, Kelab Sultan Selangor damn Rumah Tangki Loke Chow Kit Mansion.
Malah program berkenaan jelas Noor Azman akan diteruskan sehingga Januari depan dengan penambahan lokasi tarikan pelancong di sekitar bandar itu.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan KLQR Trail di ibu negara pada Isnin.
Topic Berkaitan
#2020
#Dataran Merdeka
#DBKL
#KLQR Trail
#kod QR
#Kuala Lumpur
#lancar
#Merdeka
#pelancongan
#promosi
#tahun melawat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan