Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu iaitu 'Kluster Muda' di Kedah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes pertama kluster tersebut melibatkan seorang anggota polis di Daerah Kuala Muda, Kedah.

Ini merupakan lima perkara penting disampaikan Dr Noor Hisham pada JUmaat:

BACA: COVID-19: 20 kes positif dicatat, satu lagi kluster baharu dikesan

1) 20 kes baharu dilaporkan setakat jam 12.00 tengahari Jumaat menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 196 kes.

2) Daripada jumlah kes baharu, 11 kes daripadanya dari Kluster Tawar di Kedah dan Pulau Pinang dan tujuh lagi kes import.

3) Kluster Muda dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah melibatkan seorang anggota polis (Kes ke-9114) dan rakan sekerja kepada indeks (kes ke-9147)

4) 124 kontak rapat Kluster Muda telah disaring, lima kes negatif manakala 117 masih menunggu keputusan.

5) Empat kes positif memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), satu kes memerlukan alat bantuan pernafasan dan tiada penambahan kes kematian.