Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KLWBC 2020: KLIBF 2020 perintis langkah baharu

KLWBC 2020: KLIBF 2020 perintis langkah baharu
Arief Hakim berharap, KLIBF 2020 secara dalam talian mampu mencatatkan satu rekod baru. - Foto ihsan Arief Hakim
BAGI pencinta dan peminat buku, kemunculan Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2020 secara dalam talian memang satu kejutan.

Ketika sejarah industri perbukuan negara sangat cenderung pada pendekatan penjualan secara fizikal dan konservatif.

Tahun ini Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) meneroka perubahan drastik bagi membolehkan akses seluruh peminat buku negara membeli melalui pasaran dalam talian.

KLIBF 2020 dalam talian bermula semalam 25 Jun hingga 10 Julai ini.
Pesta yang dihoskan Shoppee sebagai platform e-dagang dalam talian disertai 140 penerbit buku dan menawarkan 30 ribu judul bahan bacaan.

KLIBF 2020 anjuran Kementerian Pendidikan melalui MBKM satu langkah alternatif berikutan pandemik  COVID-19 yang menyebabkan penangguhan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April lalu.
Tahun ini Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) meneroka perubahan drastik bagi membolehkan akses seluruh peminat buku negara membeli melalui pasaran dalam talian.

Apa pun bagi yang melihat masa depan industri buku secara total - kehadiran KLIBF 2020 tepat pada waktunya.

Industri buku tempatan memerlukan transformasi dan migrasi drastik ke platform dalam talian.

Ini berikutan melemahya pasaran komersil berdasarkan jualan fizikal dan pasaran melalui premis perniagaan.

Peminat buku boleh mengakses KLIBF 2020 melalui shopee.com.my/klibf.

Bagi Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Arief Hakim Sani Rahmat, KLIBF diharap mampu mencorakkan dimensi baru dalam tabiat pembelian dan langganan buku di negara ini.

Arief Hakim yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTS berharap, KLIBF 2020 secara dalam talian mampu mencatatkan satu rekod baru.

Sekaligus mencatatkan kejayaan dan rekod jualan buku selama 14 hari secara dalam talian.

"Catatan ini akan memberi semangat baru bagi kebangkitan industri buku negara," katanya.

Memandangkan KLIBF sesuatu yang baru, Arief Hakim mengambil sikap terbuka tetapi positif.

"Ini benda baru, kita pun mahu lihat berapa besar ini boleh pergi untuk industri buku," katanya.

KLIBF 2020 anjuran Kementerian Pendidikan melalui MBKM satu langkah alternatif berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan penangguhan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April lalu.

Memandangkan kos KLIBF 2020 lebih rendah dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran akibat COVID-19 serta impak kemelesetan daya beli domestik - ia pilihan terbaik berbanding PBAKL.

"PBAKL bersifat fizikal dan melibatkan pempamer yang relatif established dan sewa lotnya juga tidak murah.

"KLIBF 2020 secara dalam talian membuka peluang kepada penjualan dari rumah (bisnes mikro) yang membabitkan lebih ramai penyertaan," katanya.

Selain itu, konsep KLIBF 2020 dalam talian tidak "terlalu Melayu".

Acara kali ini bersifat kepelbagaian penyertaan yang mampu menarik minat pembaca bahasa Cina dan Inggeris.

Peminat buku boleh mengakses KLIBF 2020 melalui shopee.com.my/klibf.

"KLIBF 2020 dalam talian jauh lebih besar dari segi potensi pembaca," jelasnya.

Selain itu, KLIBF 2020 dalam talian terbuka kepada pembaca seluruh negara melalui memiliki servis internet dan kiriman melalui khidmat pos.

"Antara kebaikan KLIBF 2020 ialah potensinya menyediakan peluang menjana bisnes dari rumah sebagai penjual buku," kata Arief Hakim.

Selain itu, proses pembelian secara dalam talian menjadikan akses jualan dan pembelian tanpa had dan sempadan.

"Ini merangkumi pembelian meluas hingga ke Sabah dan Sarawak.

"Pembaca di sana tidak perlu tunggu sebulan sebelum buku sampai ke kedai kerana melalui KLIBF 2020 menyediakan pembelian dalam talian dan sistem pos hanya mengambil masa tiga
atau empat hari saja," kata Arief Hakim.

Sesuai dengan keadaan ekonomi, KLIBF 2020 juga menyediakan peluang menjana pendapatan bagi kaedah bisnes secara "dropship, personal shopper atau affiliate".


* Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.